Ahad, 18 November 2012

CARA – CARA MEMATERI

Apabila memasang PCB tentu lah kita berpuas hati sekiranya ianya dalam keadaan yang amat baik. Jika anda belum mempunyai pengalaman dalam 'soldering' saya suka mengesyorkan menggunakan dua keping vero-board atau PCB yang tidak digunakan lagi dan melakukan praktis beberapa kali sehingga anda yakin anda dapat melakukan nya tanpa kesilapan lagi. Menanggalkan dan memasang komponen pada alat radio transistor lama mungkin dapat membantu anda dengan lebih baik lagi.Walau bagaimanapun penerangan dibawah ini mungkin dapat membantu anda..! Untuk membuat sambungan pematerian yang baik, komponen / PCB mestilah bebas dari kotoran dan berminyak (anda boleh menggunakan getah pemadam untuk dakwat untuk menanggalkan kotoran). Cuma gosok getah pemadam diatas PCB sehingga kotoran hilang. Masukkan komponen di PCB dan bengkokkan hujungnya supaya rata diatas PCB dan mengarah ke litar PCB. Potong kaki/dawai komponen yang berlebihan dengan pemotong wayar (Wire cutter). Adalah mustahak memastikan kontek antara komponen dengan PCB sebelum di pateri.
Jika dua komponen hendak dipasang pada tempat yang sama pada PCB, bengkokkan kedua kaki komponen kerarah yang bertentangan dan dirapatkan antaranya (lihat rajah dibawah).
Apabila memateri adalah baik kiranya timah pateri tadi menutupi bahagian atas dawai/kaki komponen dan trek di PCB. Timah pateri yang berlebihan mungkin dilihat tidak cantik tetapi ianya juga mungkin menyebabkan sambungan yang tidak baik. Timah pateri yang berlebihan mungkin juga akan menyebabkan berlakunya litar pintas. Amaun timah pateri yang di gunakan adalah memadai dimana timah pateri dapat menutupi bahagian sambungan dan anda dapat melihat ianya berkilat licin dan tidak terlalu bonjol.
Sebelum memateri, cuci hujung tip (solering iron) diatas sponge yang di lembabkan untuk menanggalkan kotoran dan menanggalkan oxide dan timah pateri yang berlebihan. Guna sedikit timah di hujung tip untuk membantu semasa pematerian nanti. Sentuhkan hujung tip keatas komponen dan PCB. Dan majukan timah pateri keatas kaki komponen BUKANnya hujung tip iron. Apabila sambungan dipanaskan dengan cukup baik timah pateri akan melitupi keseluruhan sambungan. Alihkan alat pateri dan timah pateri serentak dan biarkan sambungan tadi sejuk dengan sendirinya. Jangan cuba meniup untuk menyejukkannya atau mengubah tempat sehingga sambungan betul-betul success.
Alat pemateri (soldering iron) hendaklah tidak terlalu panas. Sekiranya terdapat kehitaman disekeliling sambungan itu menandakan alat pemateri tersebut adalah terlalu panas dan setengah kes yang lebih berat, pad PCB akan terkeluar dari board. Dan anda sepatutnya menggunakan timah pateri 60/40 dimana Tin dan Lead dengan flux berada ditengah nya. Ini adalah timah pemateri yang disyorkan walau bagaimana pun anda boleh memilih timah pemateri bagi kesesuaian penggunaannya dengan lebih ketelitian.
Geraf diatas menunjukkan kenapa suhu alat pemateri amat mustahak, dan kenapa kita menggunakan timah pateri 60/40. Saya biasanya menggunakan alat pemateri yang suhunya dalam lingkungan 200 - 220°C dimana ianya sesuai untuk kerja-kerja PCB. Bagaimana menanggalkan pateri ________________________________________ Menanggalkan pateri pada komponen kerapkali nya menyebabkan kerosakan pada PCB(khusus nya DOUBLE SIDED PCB), oleh itu elok berfikir DUA KALI dan SEKALI pateri. PCB boleh lah dianggap agak bernilai dan nilainya mungkin sama dengan nilai komponen yang akan dipasangkan keatasnya, tambah masa anda mengerjakannya. Jika anda terpaksa menanggalkan komponen dan kemudian anda fikir adalah lebih baik mengorbankan komponen yang hendak ditanggalkan untuk menyelamatkan PCB. Cuma potong semua kaki komponen yang hendak ditanggalkan dan komponen tersebut akan jatuh dari PCB. Kemudian tanggalkan saki baki kaki komponent satu demi satu. Cara ini amat istimewa pada IC yang anda sedia maklum mempunyai banyak kaki .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan